January 07, 2016

☆ Part 1: Cuti - Cuti Malaysia ♥ MELAKA ☆

☆☆☆☆

السلام عليكم

Cuti-cuti Malaysia ke Melaka ni dah lama plan.

Kononnya plan nak ke Johor tapi cancel sebab fikir nanti awal tahun nak pergi kenduri cousin dekat Batu Pahat.
Tapi....akhirnya tak pergi pun wedding dia.
Sorry Sue, ada hal tak dapat nak dielakkan.
Huhu~~~

Anyhow...
Back to the main post...
"Bercuti di MELAKA".

'Orang tersayang' dah siap-siap booked hotel sebulan lebih sebelum kitaorang gerak ke Melaka.
Ye la kan, pilih tarikh dah nak Krismas. Budak cuti sekolah pula tu.
Harga hotel confirm berganda harganya.

'Orang tersayang' booked Hatten Hotel.

Sebenarnya, kitaorang pilih Melaka sebab ada cerita disebaliknya.
Haha...

Tahun lepas masa tengah pregnant, pergi kenduri kahwin cousin 'orang tersayang' dekat Port Dickson.
Nak dijadikan cerita, kembar 'orang tersayang' baru balik dari offshore nak bawa wife dia pergi berjalan-jalan dekat Melaka,
Ajak-ajak ayam la kononnya dekat kitaorang.
Masalahnya, diaorang dah siap bawa barang untuk bercuti.
Kitaorang bawa wallet dengan baju yang dipakai je la.
Beg pun, tu haaa...handbag hantaran kahwin.
Tu pun ada apa je.
Haruuuu~~~

On the way nak balik Shah Alam, 'orang tersayang' tanya.
Nak ke pergi Melaka?
Hati mahu, tapi segan.
Tapi 'orang tersayang' dah tahu.
Jom katanya.
Haaaa... macam tu je.
Tapi cuti-cuti budget la. Sebab saving kitaorang masa tu untuk Medina dalam perut.
Best juga...walaupun budget holiday.
Lepas tu, 'orang tersayang' berjanji next time holiday dekat Melaka dengan Medina pula.
Tapi grand skit la holiday.
Tu yang kitaorang pilih Melaka.
Haaa...panjang betul flash back.

So, macam tu la gamaknya jadi plan bercuti dekat Melaka.

Bercuti kali ni memang plan betul-betul.
Siap ada jadual waktu lagi untuk 3 hari 2 malam.
Tinggal follow atau tak follow je la.
Kali ni pun dah lain.
Sebelum ni bertiga tapi budak Medina ni dalam perut lagi.
Boleh la gagahkan kaki nak ke mana-mana yang kitaorang suka.
Sekarang, ikut mood budak Medina je la.

Seriously, memang best bercuti bertiga..
Hehe~~~

♥ 23 Disember 2015: 1st Day ♥ 

Kitaorang gerak dari rumah ke Melaka dalam pukul 11.00 pagi sebab check-in pukul 3.00 petang kalau ada bilik available.
Medina senang betul kalau bawa berjalan dalam kereta. Letak dalam carseat, confirm tak lama dia lelapkan mata.

(Haa... memang senang budak Medina ni tidur dalam kereta)

Lama juga la dia tidur sampai RNR Jejantas Ayer Keroh.

Bukan sesaja nak berhenti sana.
Ada sebab sebenarnya....

(Jeng jeng.... KopieSatu)

Haaa...sebab ni je pun kitaorang nak ke RNR Ayer Keroh tu.

KopieSatu..
Punya la pulun cari dekat RNR tu..
Masa tu tengah renovate. Ingatkan tutup.
Nasib abang Barista dekat kaunter tu berniaga.
Alhamdulillah~~~ Baru nak rasa kecewa sebab plan berhenti situ semata-mata sebab kopi ni.

'Orang tersayang' beli Cappucino, kita beli Caramel Cappucino.
Serious sedap. Harga pun murah kalau nak dibandingkan dengan Starbuck.
Lepas beli, 'orang tersayang' suruh pilih tempat makan.
Tapi dia dah agak mana tempat nak makan sebenarmya.
Kita biasa la...ayat penyelamat.
"Sayang pilih la, Ayu follow je"
'Orang tersayang' reply.
"Hibri tahu sayang nak makan apa"
KFC....
Memang betul pun.
*sengih*

Sepatutnya dalam jadual, makan tengahari dekat restaurant Baba Nyonya. Tapi postpone esoknya sebab dah tak sempat nak follow list lain.

Dah selesai...terus gerak ke hotel.

(On the way ke hotel. Budak Medina memang selalu cover comel pun)

Sampai hotel, terus kagum tengok lobby.

Masuk bilik, kagum lagi.
Masuk toilet, kagum lagi.
Banyak kali kagum.
Siap berulang kali cakap thanks 'orang tersayang'.
Kita kan pengaq. HEOL!

(Budak ni pun suka. Siap tertanggal kasut tu)

(Penat la Ummi)







 (Haaa...nampak tak barang budak Medina je yang conquer meja tu)



Lepas solat dengan uruskan budak Medina, 'orang tersayang' dah bermalasan dekat katil.
Kalau tak bising ajak keluar memang tak bergerak la dia.
Cakap nak berjalan-jalan kan.

Terus gerak ke Klebang Coconut Shake.
On the way ke sana, dah lalu Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil Limbongan. Tapi, dah pukul berapa time tu. Memang licin la. Ada pun yang kedai sebelah. Tapi tak singgah sebab nak juga Haji Jalil punya.
Teruskan je la perjalanan.

(Sampai pun...)


Macam biasa la. Menu dekat sana. Time tu dah nak tutup pun. Choice makanan tinggal keropok lekor. Tapi, pilih lain sebab keropok lekor dekat mana-mana ada.



(Coconut Shake & roti inti daging goreng bersalut bread crumb letak cheese - nampak sangat lupa nama)


Dah kenyang...singgah pantai Klebang..
Dah dekat pun.

(Bustel - hotel dalam bas.)

Bustel ni dekat pantai Klebang juga.
Hotel dalam bas. Tak tahu la dalam dia macam mana.
Tapi dekat tepi-tepi tu ada kedai makan-makan. Tapi yang lainnya, diaorang masak dalam bas.
Kelasssss gitu.

 (Budak Medina memang selalu macam tu pun. HEOL!)

(Masa nak senja. Cantik betul dekat pantai Klebang ni)

Lepas tu, ikut jadual balik hotel. Tapi, dah lambat kot.
Terus ke medan ikan bakar.
Memang sengaja plan makan ikan bakar malam tu sebab kalau malam esoknya. Memang penuh sebab malam Krismas. Tak sanggup nak queue.

Kitaorang sampai masa tu dalam pkul 7.00 malam lebih kot.
Tapi dah start ramai orang. Kitaorang sampai dekat Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyong tu memang nasib tak payah queue dekat luar. Sebab ada orang jaga pintu masuk tanya berapa orang. 2 orang je la. Budak Medina tak boleh makan lagi.. Haha....

'Orang tersayang' tak tahu nak pilih menu. So, kita la yang kena pilih.
Masa tu dah start queue tapi tak la panjang. Nak pilih seafood, pilih choice masakan.
Tapi, kena tahu nombor meja sebab pakcik yang handle task tu akan tanya lepas pilih menu masakan.
Masa tu memang menonong je queue. 'Orang tersayang' jaga budak Medina.
Nampak la ada orang hantar nasi lemak dgn kacang. Siap tanya berapa orang (Ni, 'orang tersayang' bagitahu) Lepas tu order air.

Kita tengah beratur tak tahu meja nombor berapa, punya la bagi signal dekat orang tu meja nombor berapa. Susah sangat 'orang tersayang' datang angkut budak Medina sekali tanya apa...
Haaaa.... gitu senang.

Nombor meja: 44

Macam-macam ada. Setiap 100 gram seafood yang ada, tersenarai harga.
Siap ada menu lagi nak masak apa.
Selera memang macam-macam nak.
Tapi, cekalkan hati je la. Tahan...sebab tahu dua orang je makan. Bukan serombongan orang.
Kita pilih la sepotong kecil ikan pari, 3 ekor sotong dengan 2 ekor ketam biru besar.
Menu masakan:
1) Ikan pari bakar sambal
2) Sotong goreng tepung.
3) Ketam masak cili.
4) Kangkung belacan.

Yang lainnya ikan bakar dekat Melaka ni makan dengan nasi lemak.
'Orang tersayang' pilihkan kita air tembikai, dia air tebu.
Memang laju la makan. Tapi, kita yang kena habiskan ketam tu.
'Orang tersayang' malas nak kopek katanya...HEOL!
Memang buruk benar la kita makan. Tangan penuh sambal. Orang tengok pun confirm tak berkenan.
Nasib dah kahwin, kalau tak mertua reject. Haha.
Kalau nak makan dengan nasi putih pun boleh.
Kena order lain.

Dekat situ ada juga makanan lain.
Otak-otak, tauhu bakar....
Tapi kitaorang datang nak makan ikan bakar je.


(Budak Medina dah kepanasan.Berpeluh betul dia time ni. Tapi boleh tengok je la. Minum susu)

Masa nak keluar dari medan ikan bakar tu, memang orang dah queue dekat gerbang masuk medan tu. Ramai betul. Nasib kitaorang datang awal.

Alhamdulillah~~~~~

Bersambung Part 2~~~~

☆☆☆☆


2 Comments:

김나나 said...

Hotel mahal tu berape satu malam?

Ayu Muhamad said...

Ms booked RM320 tp ms tanye klu nk smbg RM450.