Showing posts with label 2015. Show all posts
Showing posts with label 2015. Show all posts

January 08, 2016

☆ Part 2: Cuti - Cuti Malaysia ♥ MELAKA ☆

☆☆☆☆

السلام عليكم

Bersambunglah blogging untuk Part 2: Cuti-cuti Malaysia - MELAKA.

Untuk Part 1, basically untuk hari pertama kitaorang di sana.

Recap:
1) KopieSatu di RNR Ayer Keroh, Melaka.
2) Original Coconut Shake Klebang.
3) Pantai Klebang.
4) Bustel, Klebang.
5) Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyong.

So, post kali ni untuk percutian kitaorang di Melaka pada hari kedua.
Heeee~~~

♥ 24 Disember 2015: 2nd Day ♥ 

Memang syiok la kitaorang tidur. Budak Medina pun lena betul tidur. Tak sedar langsung. Terpaksa sumbat botol, sebab risau dia haus.
Memang patut la budak Medina tu lena.
Malam sebelum tu kitaorang kacau waktu tidur dia masa makan dekat medan ikan bakar.
Perjalanan agak jauh pula tu.
Terjaga je pagi tu terus dia menangis. Nasib ada pemandangan cantik dekat tingkap bilik kitaorang.
Menghadap laut..memang cantik. Nak-nak pagi tu hujan renyai-renyai.
Budak Medina bila nampak pemandangan luar tu, terus senyap. Siap pegang tingkap sebab ada titisan air hujan dari luar.
Semua nampak kecil. Kita tahu, budak Medina tu gayat sebenarmya..
Haha...

Mahu tak nya....masa pregnant dia, tak pasal-pasal tengok orang tengah ice skating dari tingkat atas Sunway Pyramid boleh semacam rasanya. Sedangkan kita tak gayat pun.
Masa praktikal universiti dulu siap panjat guna monkey bar lagi naik ke atas condenser power plant.
Tu belum lagi kira memanjat setiap pagi dan kalau bernasib baik tengahari pun naik atas boiler power plant tu.
Relax je tengok bawah.

Haa....so, kita memang boleh rasa la. Budak Medina ni penggayat orangnya.
Ibu mengandung kan ikut perangai anak dalam perut.
Tak gituu....
Orang-orang berpengalaman la bagitau..
Kalau diaorang tipu...nasib la.

Lepas siap-siap pagi tu dalam pkul 8.00 pagi, kitaorang turun breakfast dekat hotel.
Tingkat 12 rasanya. Macam-macam ada...
Tapi tak ambil gambar...sibuk melayan budak Medina tu.
Sugar sachet habis kitaorang bagi budak Medina tu gigit-gigit. Penuh air liur budak tu skit, tukar lain.
Masa tu boleh pula tak jumpa toddler teether dia.

Lepas habis makan, 'orang tersayang' ajak bergambar dekat lobby.
Sebab ada pokok Krismas tinggi dekat situ.




 (Tengok apa tu....)




 (Budak Medina memang suka tengok tempat lain)


Besar lagi lobby tu sebenarnya...
Siap ada chandelier...tapi ramai orang. Ada kerusi cantik-cantik pun ramai orang duduk.
Takkan la kitaorang nak interframe. Kacau pula nanti.

Dalam tengah busy ambil gambar dekat lobby tu.
'Orang tersayang' jumpa la satu kerusi kosong. Letaklah budak Medina tu duduk sekejap.
Bukan main suka lagi dia. 'Orang tersayang' pun apa lagi.
*snap snap*


 (Kemain lagi budak Medina ni suka)



Lepas tu, naik ke bilik kitaorang.
'Orang tersayang' boleh pula suruh berdiri depan pintu.
Kenangan la gamaknya.
Ikut je la hai....
Orang dah belanja cuti-cuti ni kan...
Kah!

 (Elok dah posing, kata 'orang tersayang' nak nampak nombor bilik. Nan hadoooo...HEOL!)


Ikut plan kitaorang sepatutnya dah checkout hotel awal sebab nak berjalan-jalan dekat bandar hilir, dekat A Famosa. Naik Menara Taming Sari.
Tak jadi pun...
Kitaorang lepak dalam bilik sampai limit waktu checkout.
'Orang tersayang' cakap rugi tak nikmati betul-betul hotel best.
Sebab lepas ni kitaorang nak cari hotel budget pula.
Hehe...sebab sebetulnya cuti ni nak tidur semalam je dekat Melaka.
Last minute tukar plan tambah semalam. Tanya harga dekat Hatten tu harga dah berganda la.
Haha...
Boleh gelak je la. Boleh je nak sambung semalam tapi dah burst budget kitaorang.

'Orang tersayang' ajak pergi naik tingkat atas ada sky apa ntah dengan swimming pool.
Kita suruh dia usha dulu, kalau cantik bagitahu.
Sebab tengah menyusukan budak Medina.
Tapi lepas tu dia dah turun balik.
Kecil je swimming pool, katanya.
Gambarnya tak ambil.
Kah!

Sebelum checkout sempat lagi bergambar.
'Orang tersayang' suruh.
Ikutkan je la lagi...


 (Suka la tu)


 (Kita nampak gemuk! Haha)

Dah checkout terus cari hotel budget.
Lupa nama hotel..haha...
Maklumlah...hotel budget. Memilih betul. Hotel grand boleh je ingat.
HEOL!

Gambar pun yang sempat satu ni je.
Budak Medina kena bedung. Sekejap je la. Menggeletek badan nak buka kain tu.
Bukan apa, sejuk benar aircond.

(Kesian budak Medina ni~~~)

'Orang tersayang' cakap mengantuk la. Tidur la dulu.
Layan je la...
Tapi hati dah nak keluar sebab nak kejar kuih keria sedap tu.
Kita tak tidur pun...budak Medina ajak main.
Haaaaa~~~

Dalam pkul 4.00 petang tu kitaorang dah gerak cari kuih keria yang sedap sangat tu.
Bukan apa, lain skit kuih keria ni.
Besar lepas tu salut sira gula merah. Bukan gula biasa.
Nak-nak fresh lepas masak terus hidang jual.
Memang rangup di luar, lembut gila dalam dia.
Kitaorang tapau bawa balik. Tapi dah tak sedap la.
Haha...
Abah 'orang tersayang' siap cakap tak sedap.
Kah!
Sebab tak rasa masa panas-panas tu.

(Sedap betul masa makan panas-panas. Manis dia sedang-sedang je.)
(Ni gambar en.Google sebab tak sempat nak ambil gambar. Thanks~)

Bukan senang nak dapat kuih keria ni. Bukan datang terus boleh beli.
Kena beratur kot. 'Orang tersayang' yang kena berjemur tengah-tengah panas tu.
Dia cakap dah alang-alang kena panas. Haha.
Tapi, bukan terus dapat. Kena tunggu ikut batch.
Maklumlah, 2 orang je yang uli....lepas tu goreng.
Masa kitaorang nak ke kedai, nampak la pakcik Hj Jalil tu tengah buat kuih keria ni.
Dua kali lalu, dua kali tak ada perasaan nak ambil gambar dia. Kah!
Sebab dah letih badan.
Sorry pakcik.
Next time kitaorang datang.
Mana tahu masa second pregnancy ke.
Haha...
Sorry 'orang tersayang'...dia tengah baca ni.
Nanti dia complaint tak mahu beratur lagi.
Nasib badan la....

Kita dengan budak Medina duduk dalam kedai.
Pesankan air untuk 'orang tersayang' sebab kesian kepanasan.
Mesti dahaga.
Bayangkan budak Medina ni boleh tertidur lepas tu terjaga balik.

(Kesian budak Medina. Berpeluh, nasib ada kipas)

(Beratur, tunggu giliran)

Air nescafe ais 'orang tersayang' pun dah cair habis ais dia.
Baru la dia dapat kuih keria tu.
Nak dekat sejam juga la. Ke...lebih sejam.
Berbaloi la juga.
Tapi, 'orang tersayang' pesan tak mahu dah.
Tengok la nanti.
Hahaha...

Dekat situ ada macam-macam jenis kuih. Laksa pun ada.
Tapi tu la, orang datang sebab kuih keria sedap tu.

Dapat je kuih, habiskan minuman terus gerak ke Mahkota Parade dengan Dataran Pahlawan.
Mission nak cari tudung hitam untuk family gathering 'orang tersayang' esoknya.
Haaa..klasss kan. Cari tudung sampai ke Melaka.
Boleh pula jumpa kakak sedara dengan family dia semua.
Lama betul tak jumpa sebab lama tak balik Muar.
'Orang tersayang' pun baru pertama kali jumpa.

Dah rezeki...
Patut la rasa macam nak terjumpa orang dekat je.
Dah jumpa tudung, sempatlah juga rembat baju budak Medina ikut tema esoknya.

Malam tu, 'orang tersayang' teringin nak makan steak dekat 'Windmill'.
Tapi budak Medina dah tak keruan. Balik la hotel. Tapau makanan.
Tu la yang lainnya bercuti masa dah ada anak.
Ikut mood dia. Kita pun penat juga kan.

Esok paginya, sempat juga la beli belacan dengna cencaluk untuk family.
Dengan pakai dress & heels. Pergi seorang pula tu. Sebab parking susah cari.
Jenuh la kita control ayu berjalan naik tangga besi tu. Kah!
Nama pun Ayu.

Sekejap juga la sebab nak kejar pergi gathering tu dekat Mandarin Court, KL.
Tu, next post la yek.

Tengahari pun singgah RNR Ayer Keroh sebab nak cuba menu lain KopieSatu.
Memang cantik la tempat tu lepas renovation.
Tapi...
Harga dah tak cantik..HEOL!
Berganda tukar harga.
'Orang tersayang' tanya kenapa selang 2 hari dah tukar harga.
Rebranding katanya.
Tapi..tak apa lah. Sedap je.
Tapi plan dalam kereta kononnya nak beli untuk minum makan dengan makanan tengahari. Lepas tu nak tapau minum dalam kereta pula.
Tak jadi..
Lagipun makan dekat A&W kan ada rootbeer float.
Jadinya, air KopieSatu tu minum dalam kereta la.
Tu pun 'orang tersayang' 4 kali sedut je dah habis. Rasanya la sebab laju benar habis.
Dia cakap tak cukup, skit sangat lepas tu harga dah naik seganda.
Haha...
Sabar je la.

Budak Medina macam biasa la.
Senang, tidur...

(Macam tu skali tidur, Penat gamaknya. Pakai baju baru pula tu)

Okay la..
Selesai pun bercuti 3 hari 2 malam dekat Melaka.
Walaupun tak semua dapat pergi.
Tapi memang best la kali ni.
Ye la, study dekat Melaka 4 tahun tapi tak berjalan sangat pun dekat sana.
Masa pregnant sekejap je - semalam.
Kali ni, best sebab dah bertiga.

'Orang tersayang' cakap nanti boleh ke Melaka lagi.
Pergi tempat yang tak sempat nak pergi pula.
Jonker walk pun tak dapat pergi. Malam Krismas, tak adanya kitaorang nak gagahkan diri bawa budak Medina pula tu. Memang tak la.

Ye la..
Nak sedapkan hati, kalau semua tempat dapat pergi kali ni.
Tak dapat la datang Melaka lagi.
Memang betul pun. Hehe~~~

Next time boleh pergi jalan-jalan tempat lain. Kota A Famosa kali ni tak dapat pergi, tapi masa pregnant sebelum tu dah jalan-jalan dekat situ. Masa study pun dah banyak kali pergi situ. So, tak terasa sangat la. Tempat makan lain pula boleh cuba next time.
Till then~~~

Alhamdulillah~~~

☆☆☆☆


January 07, 2016

☆ Part 1: Cuti - Cuti Malaysia ♥ MELAKA ☆

☆☆☆☆

السلام عليكم

Cuti-cuti Malaysia ke Melaka ni dah lama plan.

Kononnya plan nak ke Johor tapi cancel sebab fikir nanti awal tahun nak pergi kenduri cousin dekat Batu Pahat.
Tapi....akhirnya tak pergi pun wedding dia.
Sorry Sue, ada hal tak dapat nak dielakkan.
Huhu~~~

Anyhow...
Back to the main post...
"Bercuti di MELAKA".

'Orang tersayang' dah siap-siap booked hotel sebulan lebih sebelum kitaorang gerak ke Melaka.
Ye la kan, pilih tarikh dah nak Krismas. Budak cuti sekolah pula tu.
Harga hotel confirm berganda harganya.

'Orang tersayang' booked Hatten Hotel.

Sebenarnya, kitaorang pilih Melaka sebab ada cerita disebaliknya.
Haha...

Tahun lepas masa tengah pregnant, pergi kenduri kahwin cousin 'orang tersayang' dekat Port Dickson.
Nak dijadikan cerita, kembar 'orang tersayang' baru balik dari offshore nak bawa wife dia pergi berjalan-jalan dekat Melaka,
Ajak-ajak ayam la kononnya dekat kitaorang.
Masalahnya, diaorang dah siap bawa barang untuk bercuti.
Kitaorang bawa wallet dengan baju yang dipakai je la.
Beg pun, tu haaa...handbag hantaran kahwin.
Tu pun ada apa je.
Haruuuu~~~

On the way nak balik Shah Alam, 'orang tersayang' tanya.
Nak ke pergi Melaka?
Hati mahu, tapi segan.
Tapi 'orang tersayang' dah tahu.
Jom katanya.
Haaaa... macam tu je.
Tapi cuti-cuti budget la. Sebab saving kitaorang masa tu untuk Medina dalam perut.
Best juga...walaupun budget holiday.
Lepas tu, 'orang tersayang' berjanji next time holiday dekat Melaka dengan Medina pula.
Tapi grand skit la holiday.
Tu yang kitaorang pilih Melaka.
Haaa...panjang betul flash back.

So, macam tu la gamaknya jadi plan bercuti dekat Melaka.

Bercuti kali ni memang plan betul-betul.
Siap ada jadual waktu lagi untuk 3 hari 2 malam.
Tinggal follow atau tak follow je la.
Kali ni pun dah lain.
Sebelum ni bertiga tapi budak Medina ni dalam perut lagi.
Boleh la gagahkan kaki nak ke mana-mana yang kitaorang suka.
Sekarang, ikut mood budak Medina je la.

Seriously, memang best bercuti bertiga..
Hehe~~~

♥ 23 Disember 2015: 1st Day ♥ 

Kitaorang gerak dari rumah ke Melaka dalam pukul 11.00 pagi sebab check-in pukul 3.00 petang kalau ada bilik available.
Medina senang betul kalau bawa berjalan dalam kereta. Letak dalam carseat, confirm tak lama dia lelapkan mata.

(Haa... memang senang budak Medina ni tidur dalam kereta)

Lama juga la dia tidur sampai RNR Jejantas Ayer Keroh.

Bukan sesaja nak berhenti sana.
Ada sebab sebenarnya....

(Jeng jeng.... KopieSatu)

Haaa...sebab ni je pun kitaorang nak ke RNR Ayer Keroh tu.

KopieSatu..
Punya la pulun cari dekat RNR tu..
Masa tu tengah renovate. Ingatkan tutup.
Nasib abang Barista dekat kaunter tu berniaga.
Alhamdulillah~~~ Baru nak rasa kecewa sebab plan berhenti situ semata-mata sebab kopi ni.

'Orang tersayang' beli Cappucino, kita beli Caramel Cappucino.
Serious sedap. Harga pun murah kalau nak dibandingkan dengan Starbuck.
Lepas beli, 'orang tersayang' suruh pilih tempat makan.
Tapi dia dah agak mana tempat nak makan sebenarmya.
Kita biasa la...ayat penyelamat.
"Sayang pilih la, Ayu follow je"
'Orang tersayang' reply.
"Hibri tahu sayang nak makan apa"
KFC....
Memang betul pun.
*sengih*

Sepatutnya dalam jadual, makan tengahari dekat restaurant Baba Nyonya. Tapi postpone esoknya sebab dah tak sempat nak follow list lain.

Dah selesai...terus gerak ke hotel.

(On the way ke hotel. Budak Medina memang selalu cover comel pun)

Sampai hotel, terus kagum tengok lobby.

Masuk bilik, kagum lagi.
Masuk toilet, kagum lagi.
Banyak kali kagum.
Siap berulang kali cakap thanks 'orang tersayang'.
Kita kan pengaq. HEOL!

(Budak ni pun suka. Siap tertanggal kasut tu)

(Penat la Ummi)







 (Haaa...nampak tak barang budak Medina je yang conquer meja tu)



Lepas solat dengan uruskan budak Medina, 'orang tersayang' dah bermalasan dekat katil.
Kalau tak bising ajak keluar memang tak bergerak la dia.
Cakap nak berjalan-jalan kan.

Terus gerak ke Klebang Coconut Shake.
On the way ke sana, dah lalu Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil Limbongan. Tapi, dah pukul berapa time tu. Memang licin la. Ada pun yang kedai sebelah. Tapi tak singgah sebab nak juga Haji Jalil punya.
Teruskan je la perjalanan.

(Sampai pun...)


Macam biasa la. Menu dekat sana. Time tu dah nak tutup pun. Choice makanan tinggal keropok lekor. Tapi, pilih lain sebab keropok lekor dekat mana-mana ada.



(Coconut Shake & roti inti daging goreng bersalut bread crumb letak cheese - nampak sangat lupa nama)


Dah kenyang...singgah pantai Klebang..
Dah dekat pun.

(Bustel - hotel dalam bas.)

Bustel ni dekat pantai Klebang juga.
Hotel dalam bas. Tak tahu la dalam dia macam mana.
Tapi dekat tepi-tepi tu ada kedai makan-makan. Tapi yang lainnya, diaorang masak dalam bas.
Kelasssss gitu.

 (Budak Medina memang selalu macam tu pun. HEOL!)

(Masa nak senja. Cantik betul dekat pantai Klebang ni)

Lepas tu, ikut jadual balik hotel. Tapi, dah lambat kot.
Terus ke medan ikan bakar.
Memang sengaja plan makan ikan bakar malam tu sebab kalau malam esoknya. Memang penuh sebab malam Krismas. Tak sanggup nak queue.

Kitaorang sampai masa tu dalam pkul 7.00 malam lebih kot.
Tapi dah start ramai orang. Kitaorang sampai dekat Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyong tu memang nasib tak payah queue dekat luar. Sebab ada orang jaga pintu masuk tanya berapa orang. 2 orang je la. Budak Medina tak boleh makan lagi.. Haha....

'Orang tersayang' tak tahu nak pilih menu. So, kita la yang kena pilih.
Masa tu dah start queue tapi tak la panjang. Nak pilih seafood, pilih choice masakan.
Tapi, kena tahu nombor meja sebab pakcik yang handle task tu akan tanya lepas pilih menu masakan.
Masa tu memang menonong je queue. 'Orang tersayang' jaga budak Medina.
Nampak la ada orang hantar nasi lemak dgn kacang. Siap tanya berapa orang (Ni, 'orang tersayang' bagitahu) Lepas tu order air.

Kita tengah beratur tak tahu meja nombor berapa, punya la bagi signal dekat orang tu meja nombor berapa. Susah sangat 'orang tersayang' datang angkut budak Medina sekali tanya apa...
Haaaa.... gitu senang.

Nombor meja: 44

Macam-macam ada. Setiap 100 gram seafood yang ada, tersenarai harga.
Siap ada menu lagi nak masak apa.
Selera memang macam-macam nak.
Tapi, cekalkan hati je la. Tahan...sebab tahu dua orang je makan. Bukan serombongan orang.
Kita pilih la sepotong kecil ikan pari, 3 ekor sotong dengan 2 ekor ketam biru besar.
Menu masakan:
1) Ikan pari bakar sambal
2) Sotong goreng tepung.
3) Ketam masak cili.
4) Kangkung belacan.

Yang lainnya ikan bakar dekat Melaka ni makan dengan nasi lemak.
'Orang tersayang' pilihkan kita air tembikai, dia air tebu.
Memang laju la makan. Tapi, kita yang kena habiskan ketam tu.
'Orang tersayang' malas nak kopek katanya...HEOL!
Memang buruk benar la kita makan. Tangan penuh sambal. Orang tengok pun confirm tak berkenan.
Nasib dah kahwin, kalau tak mertua reject. Haha.
Kalau nak makan dengan nasi putih pun boleh.
Kena order lain.

Dekat situ ada juga makanan lain.
Otak-otak, tauhu bakar....
Tapi kitaorang datang nak makan ikan bakar je.


(Budak Medina dah kepanasan.Berpeluh betul dia time ni. Tapi boleh tengok je la. Minum susu)

Masa nak keluar dari medan ikan bakar tu, memang orang dah queue dekat gerbang masuk medan tu. Ramai betul. Nasib kitaorang datang awal.

Alhamdulillah~~~~~

Bersambung Part 2~~~~

☆☆☆☆


☆ Well hello 2016~~ ☆

☆☆☆☆

السلام عليكم

Pejam celik pejam celik~~~
Dah 2016...
Umur pun dah tak berapa muda, nasib baik muka nampak muda.
Haha...
*masuk dalam bakul, angkat sendiri sambil tepuk bahu*

Tahun baru, azam kena renew.
So, nak set 1 azam je. Lebih-lebih nanti tak tercapai.
Satu ni pun tak tau boleh capai ke tak.
Haha...

Bak kata 'org tersayang', blog tu rajin- rajinlah update,
'Orang tersayang' nak baca ni...
Ye la....
Ni update la ni..
Siap suggest azam baru, blogging dalam Bahasa Melayu.
Letak tanda seru tiga kali sekali.
Ye la...
Ayu ikut la ni.

So, azam tahun baru untuk blog ni.
Blogging dalam Bahasa Melayu!!!


Okay, dah follow.

Bye~~~

☆☆☆☆